[Gambar] Terapi Hidro

1:19 am
Terapi Hidro di Tiara Gold Coast Resort

[Gambar] Kemahiran Hidup Masakan

12:29 am
Murid-murid belajar terapi cara kerja dalam Kemahiran Hidup Masakan

7 PERGERAKAN UNTUK SENAMAN MATA

7:26 pm

Salah satu organ penting panca indera kita adalah mata. Kesibukan manusi menyebabkan kita sering terlupa untuk membuat senaman mata. Senaman mata hanya bermaksudk menggerakkan mata dengan gerakan tertentu untuk meningkatkan kemampuan mata itu sendiri. Tujuannya untuk menghindari berbagai gangguan pada mata, seperti penyakit rabun dekat, rabun jauh, mata terasa kabur, mata pedih dan mata merah.
Penjagaan mata sebenarnya tidak sukar. Senaman mata amat berguna dilakukankan apabila mata sudah penat bekerja. Ia boleh dilakukan dalam keadaan berdiri, duduk, berbaring maupun keadaaan mata terpejam.
Lebih jauh, kata Oei, senam mata mempunyai banyak manfaat. Contohnya, mengurangi atau menghilangkan penyakit mata, mencegah timbulnya tumor di belakang mata dan di kelenjar hipofisis (pituitari), menghilanqkan lingkaran dan bengkak di bawah mata atau menghilangkan kantong mata, mengurangi keriput di sekitar mata, membuat otot mata dan sekitarnya menjadi elastis dan kuat, serta mempertajam penglihatan.
“Sebaiknya sebelam dan setelah melakukan gerakan senam mata, gosok-gosok telapak tangan sampai panas. Kemudian tempelkan telapak tangan dimata selama 2,5 menit,”katanya.

TERAPI CARA KERJA

5:56 pm

Objektif terapi cara kerja ialah:

a.      Membolehkan murid pendidikan khas mengurus kehidupan seharian dengan baik
b.      Memulihkan anggota badan yang lemah supaya dapat berfungsi dengan baik
c.       Membolehkan individu berdikari dalam melakukan kerja seharian


Kepentingan terapi ini ialah:

a.       Membantu murid khas menguasai kemahiran motor halus dengan baik
b.      Meningkatkan kemampuan murid khas untuk melakukan sesuatu dengan otot-otot kecil yang ada.
c.       Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan keatas murid khas yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur


Aktiviti cara kerja perlu dilakukan oleh ahli terapi cara kerja yang berkemahiran sahaja. Peralatan untuk menjalankan aktivti terapi cara kerja hanya boleh didapati di pusat-pusat perubatan dan pusat-pusat latihan tertentu sahaja. Namun begitu, terapi cara kerja yang mudah boleh juga dilakukan dengan murid yang bermasalah pembelajaran di sekolah. Antaranya:

a.       Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran hidup
b.      Latihan pravokasional
c.       Latihan aktiviti membuka dan memasang alatan
d.      Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran manipulatif


Masalah yang dihadapi dalam terapi ini ialah:
i). Tidak mendengar arahan
Berlaku terutamanya pada murid autisme dan hiperaktif. Tumpuan jangka pendek menyukarkan pakar terapi atau guru untuk menarik perhatian mengikut masa yang diperuntukkan.
Murid tidak faham arahan yang diberikan oleh guru 
ii). Emosi terganggu
Murid enggan melibatkan diri dan mudah asa dengan terapi yang diberikan
Murid menangis apabila diberikan tugasan
Bergantung pada persekitaran di rumah
iii). Kemudahan berbeza mengikut sekolah
Sekolah tidak mempunyai prasarana yang lengkap untuk terapi cara kerja
iv). Sensory integration problem (masalah dalam sentuhan)
Murid enggan disentuhatau trauma apabila disentuh oleh orang yang tidak dikenali
Murid memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan ahli terapi atau guru
Menjerit apabila disentuh
v). Berkhayal
Murid yang mempunyai masalah autisme biasanya akan berkhayal apabila diberikan tugasan dan lebih suka hidup dalam dunianya sendiri.

Cara mengatasi masalah ialah:
i). Teknik arahan bermakna
Elakkan daripada menggunakan perkataan yang menjurus kepada arahan. Contohnya: arahan membasuh rambut, ajar murid memegang tuala dengan kuat kemudian timbulkan persoalan:kenapa ya?


JENIS-JENIS MASALAH PENGLIHATAN

2:41 am
      

Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision  berdasarkan ujian visual acuity  dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas seperti kanta. Masalah tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malam mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan khas. Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kesukaran melakukan aktiviti visual serti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung kepada deria-deria lain.

Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan mempunyai ketidaknormalan mata iaitu saraf optik atau pusat visual untuk otak mengakibatkan kurang ketajaman penglihatan. Kanak-kanak ini hanya mempunyai 20/70 visual ketajaman, Sara Begun (2003) memberi lapan kategori untuk kanak-kanak bermasalah penglihatan. Antara lain masalah penglihatan iaitu :

KATARAK





    
Sejenis kerosakan mata di mana kanta semula jadi menjadi berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Seseorang akan mengalami buta jika keadaan ini tidak dirawat. Mereka yang berisiko tinggi menghidapi masalah penglihatan ini ialah pesakit kencing manis, kandungan gula yang tinggi, golongan usia 60-an, kanak-kanak yang lahir dalam komplikasi dan penyakit jangkitan daripada ibu mengandung.
             
 STRABISMUS (JULING)       


                                    
                Suatu keadaan di mana kedua-dua mata tidak searah dan memandang pada titik yang berbeza. Lencongan mata pada salah satu atau kedua – dua mata sama ada juling ke dalam, ke luar, ke atas atau ke bawah. Dengan itu paksi penglihatannya tidak lagi selari. Masalah ini adalah ketidakbolehan untuk memfokuskan objek yang sama pada kedua-dua belah mata kerana penyimpangan ke dalam atau ke luar pada sebelah atau kedua-dua belah mata. Kehilangan penglihatan kekal boleh berlaku sekiranya tidak dirawat. Sebab-sebab mata juling :
·         Dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang diketahui  Ia boleh disebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik pada mata yang juling itu atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri.  Rabun jauh juga boleh menyebabkan mata bergerak ke dalam.
·         Mata juling adalah lebih lazim di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah otak seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, hydrocephalus dan barah otak.


   GLUKOMA
  





Glaukoma adalah sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Kesemua jenis Glaukoma adalah disebabkan gangguan atau dihalang oleh bendalir yang mengedarkan ke dalam mata. Pusat atau sempadan penglihatan akan rosak atau hilang keseluruhannya apabila tekanan meningkat dan merosakkan saraf optik. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta. Glukoma merupakan kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan Intraokular Tinggi (IOP) iaitu tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Mendapan cecair yang terdapat di dalam bebola mata akan terkumpul dan meningkatkan sel saraf optik akan termampat dan akhirnya akan rosak.

      AMBIPLIA (MATA MALAS)
                                   






Dikenali sebagai lazy eye / mata malas  Suatu keadaan di mana salah satu mata tidak berfungsi dan perlu bergantung pada sebelah mata yang sihat. Mata malas merupakan gangguan yang terjadi pada masa perkembangan penglihatan. Oleh sebab ketajaman penglihatan berkurang, mata menjadi malas melakukan fungsinya, saraf mata yang seharusnya berkembang menjadi terhenti.

3.2      DIPLOPIA





Diplopia atau penglihatan ganda adalah suatu gangguan penglihatan yang mana objek terlihat double atau ganda. Diplopia berasal dari bahasa Yunani, diplo iaitu ganda dan opia sebagai penglihatan.



  ALBINISME







Masalah penglihatan bagi kategori ini berlaku disebabkan kurangnya ataupun tidak adanya pigmen melanin pada mata dan pewarisan alel gen resesif sehingga mengakibatkan keterbatasan fizikal yakni sensitif terhadap sumber cahaya yang kuat, seperti lampu yang terang, sinar matahari. Selain itu juga mereka memiliki keterbatasan pada jarak penglihatan.


MYOPIA (RABUN JAUH)

Keadaan dimana ketidakupayaan untuk melihat objek jauh dengan jelas dan hanya boleh melihat pada jarak dekat sahaja. Ini adalah penyakit rabun mata yang paling lazim di kalangan kanak-kanak dan remaja dan boleh disebabkan oleh keturunan. Kanak-kanak yang rabun dekat memiliki bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Ini akan menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukannya ke atas retina seperti yang sepatutnya.

          
 HYPEROPIA (RABUN DEKAT)
Pada peringkat kanak-kanak, satu keadaan di mana bola mata lebih pendek daripada biasa. Pada peringkat tang lebih tua yakni 40 tahun ke atas, kanta mata akan hilang kekenyalannya.


3.       RABUN WARNA

                   

Rabun warna atau colour blindness sebenarnya mengalami persepsi warna sahaja yang berbeza dengan orang yang mempunyai penglihatan normal dan bukanlah penglihatan televisyen hitam putih. Jika kita melihat warna merah menyala, seseorang yang mempunyai defeksi warna merah akan melihat warna tersebut seperti warna merah gelap. Jenis rabun warna adalah pelbagai dan tahap keterukan rabun warna itu sendiri berbeza. Segelintir individu yang mempunyai Defek warna yang sangat teruk di mana ia boleh menyebabkan mereka ‘buta’ terhadap semua warna.


LATAR BELAKANG TERAPI CARA KERJA

11:42 pm



Definisi Terapi Carakerja

"Terapi carakerja adalah profesion yang akan membantu klien(pesakit) untuk mencapai tahap kepuasan dalam kualiti hidup mereka, dan membantu mereka untuk berdikari terhadap semua aspek kehidupan, tidak kira dari segi fizikal, emosi, spiritual. Ianya meliputi secara holistik."
Pelbagai aspek kemahiran terapi carakerja terhadap seseorang kanak-kanak-kanak dirujuk. aspek-aspek tersebut :


a.       kemahiran motor kasar 
b.      kemahiran motor halus 
c.       kemahiran menulis 
d.      kemahiran kognitif 
e.      intergrasi sosial 
f.        kawalan potur badan dan keseimbangan 
g.       kemahiran pengurusan tingkalaku 
h.      pengurusan diri

DEFINISI MASALAH PENDENGARAN

11:10 pm

Definisi Masalah Pendengaran
"Kanak-kanak atau orang dewasa yang pekak iaitu seseorang yang tahap pendengarannya teruk (91dB atau lebih) terutamanya saraf sensorinya rosak dan berlaku sebelum ia boleh bertutur. (Stephen P. Quigley & Robert E. Kretschmer, 1982)

• Definisi yang biasa diterima daripada aspek pendidikan diperolehi daripada Executive Committee of the Conference of Educational Administratiors Serving the Deaf (The Convention of American Instructors of the Deaf, 1960):

"Hearing Impairment": Istilah generik yang menunjukkan kecacatan pendengaran yang dalam tahap ringan (mild) ke tahap teruk (severe); ini termasuk subset "deaf" dan "hard of hearing".

• Cacat pendengaran dapat dibahagikan kepada dua jenis:
- Pekak: Tidak dapat mendengar langsung walaupun ada alat bantu dengar (hearing aid).
- Separa pekak atau kurang/kesukaran pendengaran: masih ada sisa-sisa pendengaran untuk mengamati perbualan atau bunyi-bunyi dalam persekitaran, dan boleh mendengar dengan alat bantu dengar. 

Antara definisi yang diperolehi daripada pengkaji.

1. Bee 1995 - kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas.

2. Asmah Omar 1986 - individu yg dilahirkan dgn kecacatan pada deria pendengaran yg menyebabkan ia tidak dapat mengenal bunyi bahasa dan tidak dapat mendengar dan menghayati pemikiran serta budaya melalui bahasa.

3. Johnson 1975 - Masalah pendengaran didefinisikan kepada kebolehan kanak-kanak menggunakan deria pendengarannya.

4. Allen 2009 - mendefinisikan murid bermasalah pendengaran sebagai murid yang telah kehilangan deria pendengarannya. menghadapi sesuatu tahap yang menghalang kefahaman pertuturan melalui telinga sahaja atau tahap penggunaan alat pendengaran

5. Chuah 1992 - kanak-kanak bermasalah pendengaran boleh dikatakan lebih tepat sebaga seorang yang rosak pendengaran dalam kebanyakan keadaan.

6. Kamus Dewan Edisi 4 - pekak ialah tidak dapat mendengar langsung atau tidak dapat mendengar dengan baik.

**Secara umumnya, orang bermasalah pendengaran di Malaysia dikategorikan sebagai sebahagian daripada OKU berdasarkan pengkategorian pihak kementerian walaupun kebanyakan orang bermasalah pendengaran berasa "berat hati " untuk menerima pernyataan tersebut. **

CIRI-CIRI MASALAH PEMBELAJARAN

11:04 pm
Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:


a. Ciri-ciri fizikal
Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.



b. Ciri-ciri intelek
Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.


c. Ciri-ciri sosial dan peribadi

Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

DEFINISI MASALAH PEMBELAJARAN

10:24 pm

DEFINISI
Kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar Profesional Klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran.Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan seperti Kebolehan Kognitif, Tingkahlaku Sosial atau Perkembangan Sosial, Penguasaan Bahasa ( Lisan atau Pertuturan), Keupayaan Membaca, Kemahiran Perkembangan ( Development Skills ), dan Kemahiran Matematik.

Menurut Clements (1966) terdapat sepuluh ciri-ciri kanakkanak bermasalah pembelajaran yang telah dikenalpasti iaitu : 
i) Hiperaktif
ii) Perceptual impairment 
iii) Emosi yang tidak stabil 
iv) Disorder of attention 
v) Impulsivity 
vi) Disorder of memory and thinking 
vii) Masalah pembelajaran yang spesifik dalam membaca, menulis, mengeja dan mengira. 
viii) kecelaruan bahasa dan pertuturan
ix) Equivocal neurological signs and electro encephalograhic irregulation 



DEFINISI MASALAH PENGLIHATAN

10:16 pm




Masalah penglihatan merujuk kepada keadaan masalah yang melibatkan fungsi sebagai deria penglihatan. Secara umumnya, masalah penglihatan boleh dikategorikan kepada dua kategori yang utama, iaitu ‘buta’ dan ‘rabun’ atau ‘berpenglihatan terhad’ (Asiah, 2012). Mereka yang dikategorikan sebagai buta biasanya tidak mempunyai penglihatan langsung, dan jika mempunyai penglihatan sekalipun, keadaannya amat terhad untuk digunakan sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat apatah lagi untuk tujuan pembelajaran. Justeru, mereka memerlukan “Braille” sebagai media bacaan ataupun khidmat ‘pembaca’ untuk mendapatkan maklumat daripada bahan bercetak. Istilah ‘buta’ boleh didefinisikan secara undang-undang atau pendidikan.

Definisi undang-undang (legally blind):
Secara undang-undang, buta didefinisikan sebagai kehilangan penglihatan sepenuhnya ataupun mempunyai ketajaman penglihatan 6/60 (20/200) atau kurang daripada itu pada mata yang lebih baik setelah diadakan pembetulan optik (pakai kanta pembetulan). Selain itu seseorang dikatakan buta jika dia mempunyai medan/lapangan/sempadan penglihatan (visual field) yang terbatas kepada 20 darjah ataupun kurang yang hanya ditentukan oleh doktor atau pakar mata.

Dari segi undang-undang pula, Carol Castellano, 2000 berpendapat apabila seseorang itu mempunyai darjah daya penglihatan kurang dari 20/200 dari yang normal walaupun dengan bantuan menggunakan kacamata dan kanta lekap yang mana boleh menganggu prestasi pembelajarannya )

Menurut Heward (1996), mereka yang mempunyai masalah penglihatan ialah seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang sihat dengan pembetulan (kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit kurang daripada 20 darjah.

Definisi pendidikan:
• Individu yang dikatakan buta ialah mereka yang mengalami kecacatan yang begitu teruk sehingga mereka mesti belajar membaca ‘Braille’ atau menggunakan kaedah ‘aural’ (deria pendengaran).

Sharifah Zaharah (1985):
• Kanak-kanak cacat penglihatan ialah mereka yang mempunyai penglihatan terhad ataupun rabun. Seorang yang rabun itu tidak buta tetapi tidak boleh melihat dengan terang dan jelas.
The World Council For Welfare of the Blind dalam Hajah Hasnah (1988) 

masalah penglihatan adalah tidak dapat melihat langsung, kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu melalui Ujian Snellen, dan penglihatan yang terhad kurang daripada 20 peratus.

Snellen Chart: Carta Snellen merupakan carta mata (eye chart) yang digunakan oleh ahli profesional dalam bidang penjagaan mata untuk mengukur akuiti (ketajaman) visual seseorang. Carta ini mengambil nama penciptanya iaitu seorang optamologis berbangsa Belanda yang bernama Herman Snellen yang mencipta carta tersebut pada tahun 1862. Simbol yang terdapat dalam carta disebut sebagai ‘optotaip’ atau ‘optotypes’. Carta Snellen tradisi mengandungi 11 baris abjad yang dicetak dengan huruf besar. Abjad tersebut disusun mengikut saiz huruf yang berbeza iaitu daripada saiz yang besar kepada saiz yang lebih kecil. Orang yang diuji daya penglihatan dikehendaki membaca abjad tersebut dari baris atas ke baris bawah dengan menggunakan mata yang berbeza. Baris huruf yang terkecil yang boleh dibaca dengan tepat menunjukkan akuiti visual seseorang. 

TERAPI HIDRO

7:17 pm



Apa itu terapi hidro :
Hidroterapi bermaksud terapi air atau rawatan air. Rawatan ini bukan sahaja melakukan aktiviti renang malah aktiviti berendam di dalam air juga dilakukan.
Terapi hidro menggunakan air sebagai medium semulajadi untuk meringankan atau mengubah keadaan sedia ada kepada yang lebih baik.
Terapi ini sangatlah sesuai untuk perkembangkan fizikal pergerakan motor kasar dan halus serta mental.
Otot dan otak dirangsang kerana pergerakan dalam air lebih mudah dan meredakan ketegangan dan rasa sakit.

Objektif terapi hidro :
·         Terapi hidro perlu dilakukan ke atas murid masalah pembelajaran adalah untuk :
·         membentuk sikap kerjasama
·         memberi keseronokan ketika berada di dalam air
·         memulihkan keadaan fizikal, emosi dan spiritual.

Elemen penting dalam terapi hidro :
·         Keselamatan di air 
·         Apungan
·         Berenang
·         Pernafasan

Faedah terapi hidro :
·         Air panas meregangkan dan dapat stimulasi sistem pertahankan badan
·         Air sejuk dapat mengurangkan radang
·         Merawat masalah pernafasan
·         Memberikan keyakinan dan motivasi
·         Merangsang pergerakan 
·         Mengurangkan ketegangan otot 
·         Meningkatkan kecergasan kardiovaskular

Langkah keselamatan :
·         Aktiviti regangan sebelum masuk ke air
·         Pastikan paras air sesuai untuk murid
·         Alatan yang sesuai digunakan
·         Pakaian yang sesuai
·         Kawalan guru yang lebih

Aktiviti yang boleh dilakukan :
·         Regangan dan pemanasan badan
·         Penyesuaian diri dengan air
·         Membina keyakinan diri
·         Menguatkan motor kasar
·         Kawalan pernafasan
·         Kayuhan kaki dan imbangan
·         Berjalan di dalam air dan apungan
·         Berjalan sambil menguak tangan

LATAR BELAKANG

6:48 pm

KANAK -KANAK SINDROM DOWN
Ramai pernah mendengar namun ,ramai juga cetek pengetahuan  mengenainya.Ia bukan penyakit moden atau orang kaya malah Sindrom Down (SD) tidak tepat di katakan penyakit.Sindrom Down tidak boleh di ubati.Ia terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran .Perkembangan mantel dan fizikal kanak-kanak Sindrom Down lambat berbanding kanak-kanak biasa.Oleh itu kanak-kanak Sindrom Down perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membantu mereka berdikari.Sindrom Down terbahagi kepada 3 iaitu Trisomi,Traslocation dan Mosaic.Tidak kira jenis apa Sindrom Down,kanak-kanak Sindrom Down boleh di kenali melalui wajah mereka yang hampir sama.

Sindrom Down ialah penyakit konginetal apabila seseorang di lahirkan mempunyai 3 salinan kromosom 21.Bagi seorang yang normal mereka sepatutnya hanya mempunyai 2 salinan kromosom ini.Atas sebab itu jugalah ,Sindrom Down di rujuk dengan nama Trisomi 21.Dengan erti kata lain ,mereka mempunyai satu kromosom terlebih yang menyababkan mereka di kategorikan Sindrom Down.Lain-lain kromosom mereka adalah normal.

4.2  APA ITU KROMOSOM ?
Kromosom adalah struktur yang terdapat nukleus sel-sel hidup yang mengandungi maklumat yang di warisi daripada ibu dan bapa.Ia mengandungi kod genetik yang mengawal dan mengarah pembahagian,pertumbuhan dan fungsi sel.

Seorang individu normal mempunyai 46 kromosom ,setiap 23 di warisi daripada ibu, manakala bakinya di warisi daripada bapa.

Setiap individu mempunyai kod genetik yang unik (kecuali kembar seiras) .Keunikan inilah yang menyebabkan penampilan fizikal setiap individu berbeza-beza.


4.3  OBJEKTIF KAJIAN TENTANG SINDROM DOWN
i.     Untuk mengetahui sejarah bermulanya Sindrom Down.
ii.Untuk memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang ciri-ciri Sindrom     Down              agar mereka boleh mengetahui cara untuk mengawal dan mendidik          kanak-kanak    Sindrom Down.
iii.    Untuk memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang punca-punca terjadinya  Sindrom Down agar boleh mencagahnya.
iv.    Memberi pendedahan dan langkah-langkah untuk merawati kanak-kanak Sindrom Down agar masalah mereka berkurangan dan nisbah kelahirannya menurun.

4.4  DEFINISI KONSEP

4.4.1  Sindrom Down (Buku Biologi)
v  Satu contoh anauloidi yang terkanal pada manusia.Aneuploidi ialah suatu keadaan bagi kromosom berlebihan yang kurang lebih sedikit misalnya trisomi 3   kromosom dan bukannya 2 kromosom bagi sesuatu jenis tertentu.
v  Juga di namakan “Mongolism” kerana mata seseorang itu nampaknya mempunyai mata sepet seperti aris mata orang Mongol. Tetapi perkataan ini tidak lagi digunakan.

4.4.2  Sindrom Down (Berita Harian :24 Ogos 2003  AHAD)
v  Sindrom down ialah penyakit konginetel apabila seseorang mempunyai 3 salinan kromosom 21.Bagi seseorang yang normal ,mereka sepatutnya hanya mempunyai 2 salinan kromosom ini.Atas sebab ini,Sindrom Down di rujuk dengan nama Trisomi 21.Dengan erti kata lain ,mereka mempunyai 1 kromosom terlebih yang menyebabkan mereka di kategorikan Sindrom Down.

4.4.3  Sindrom Down (Internet)
v   Sindrom Down  di sebabkan kelainan pada kromosom .Sindrom      Down yang kerap terjadi ialah di sebabkan oleh kelebihan      kromosom 21 di mana 3 kromosom 21 menjadikan jumlah          kesemua ialah 47 kromosom.

4.4.4  Sindrom Down (Kamus Dewan)
v  Kecacatan kelahiran yang di sebabkan oleh ketidaknormalan   bilangan kromosom 3 trisomi bilangan  kromosom 21 wujud.

4.5  SEJARAH

Penyakit ini sebenarnya sudah diketahui sejak 1860 oleh Dr. Langdon Down dari Inggeris,tetapi baru pada awal tahun 60-an ditemukan diagnosisnya secara pasti iaitu dengan pemeriksaan kromosom. Dahulu nama penyakit ini dikenal dengan nama Mongoloid atau Mongolism kerana penderitanya mempunyai gejala klinik yang khas, iaitu wajahnya seperti bangsa Monggol dengan mata yang sepet dan bujur ke atas.

Tetapi setelah diketahui bahawa penykit ini terdapat pada seluruh bangsa di dunia dan adanya tuntutan dari pemerintah Negara Mongolia yang menganggap kurang sesuai terhadap pemberiaan nama tersebut, maka dianjurkan untuk menganti nama tersebut dengan Sindrom Down.

Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para saintis luar negara. Pada tahun 1866, seorang ahli fizik berbangsa Inggeris,John Langdon Haydon Down (1828-1896) telah menerbitkan penerangan pertama di daalm dunia perubatan mengenai individu yang dilahirkan sebagai Sindrom Down. Kajian seterusnya dilakukan pada tahun 1959 oleh Jerome Lejeune, seorang ahli fizik dari Perancis. Beliau telah menemui penambahan kromosom pada kromosom yang ke-21. Bagi orang normal, bilangan kromosom 21 adalah 2 tetapi bagi penghidap Sindrom Down mempunyai 3 kromosom. Pada tahun 1990, kromosom 21 adalah kromosom yang pertama dirajahkan secara penuh.

4.6  CIRI-CIRI FIZIKAL SINDROM DOWN

4.6.1  Sifat Pada Kepala, Muka Dan Leher.
         
Kanak-kanak Sindrom Down, mempunyai cirri-ciri fizikal yang unik dimana mereka mempinyai iras muka yang hamper sama seperti muka orang Monggol. Mereka juga mempunyai pangkal hidung yang kemek. Jarak diantara dua mata jauh dan berlebihan  kulit di sudut dalam. Mata mereka sentiasa berair dan merah serta mempunyai mata yang sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.

Saiz mulut adalah kecil yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat . Saiz lidah yang tebal, kasar dan pendek menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi mereka adalah  lambat dan tidak teratur . Paras telinga adalah lebih rendah. Kebiasaannya, kepala mereka lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang manakala lehernya agak pendek.

4.6.2  Sifat Pada Tangan Dan Lengan

Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam dimana tangan yang lebar dan pendek.Kebiasaannya,tapak tangan mereka hanya terdapat satu garisan urat dinaamkan “Simian Crease”. Jari dan tangan mereka adalah lebar dan pendek serta berbonggol.


4.6.3  Sifat Pada Kaki

Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki.


4.6.4  Sifat Pada Otot

Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.

4.6.5  Ciri-Ciri Lain

Kanak-kanak Sindrom Down juga mempunyai ciri-ciri lain seperti berbadan gempal dan rendak serta agak bongkok. Mereka juga majoritinya berambut lurus dan lembut. Kebiasaannnya, kanak-kanak ini juga suka bermanja, bermain dan gembira dimana mereka mudah mesra serta dapat bergaul dengan baik. IQ mereka pula adalah di antara 30-80. Kebiasaannya, kecacatan mereka dapat dikesan sebaik selepas lahir.


4.7 PUNCA-PUNCA KEJADIAN.

4.7.1 Pengenalan.

Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down. 95% Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini disebabkan oleh “kon-dysjustion” kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 di mana semasa proses pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna.

Di kalangan 5% lagi kanak-kanak Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan “translocation”. Keadaan ini biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah kesemua 46 kromosom.

Mekanisma ini biasanya berlaku pada ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda. Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan “mosaic”.

4.7.2 Jenis-Jenis Sindrom Down.

                     a) Trisomi.
         Kanak-kanak Sindrom Down adalah kanak-kanak yang menghadapi masalah fizikal, emosi dan intelek.Kanak-kanak sindrom down jenis trisomi berlaku disebabkan penambahan pasangan kromosom 23+1 (pada kromosom nombor 21) yang sepatutnya 46 menjadi 47.
Kelahiran Sindrom Down jarang berlaku di dalam sesebuah keluarga. Menurut kajian nisbah kelahiran bagi ibu yang berumur kurang 25 tahun ialah 1:2000 kelahiran manakala nisbah kelahiran bagi ibu yang berusia 35-39 tahun adalah 1:50 kelahiran dan bagi ibu yang berusia lebih 40 tahun nisbah kelahiran adalah pada nisbah 1:30 kelahiran. Darjah kecerdasan Sindrom Down jenis trisomi ini ialah antara 50%-80%.




            b) Translocation.
         Kelahiran sindrom down jenis translocation tidak membabitkan lebihan kromosom dalam darah ibu hamil. Sindrom down  (translocation) ini terjadi dalam dua cara. Cara pertama ialah apabila secebis kromosom nombor 14 bercampur dengan kromosom nombor 21. Jika ibu pembawa kebarangkalian mendapat anak sindrom down adalah 10%-25%. Jika bapa pembawa kebarangkalian untuk mendapat anak sindrom down adalah 3%-5%.
         Cara kedua terjadi apabila secebis kromosom nombor 21 bercampur dengan nombor yang sama. Jika ibu pembawa kebarangkalian mendapat anak sindrom down adalah 100% melibatkan semua kelahiran dalam keluarga. Darjah kecerdasan bagi sindrom down ini ialah di antara 50%-80%.

           c) Mosaic.
         Sindrom Down jenis mosaic ialah sindrom down yang tidak ketara pada wajah murid-murid dan tidak 100% Sindrom Down. Kerosakan mental bagi murid-murid ini tidak teruk. Darjah kecerdasannya adalah 80%-90%.


4.8  PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SINDROM DOWN

    4.8.1 Perkembangan Kognitif
            Perkembangan kanak-kanak Sindrom Down dari segi perkembangan kognitif ialah mereka mempunyai daya ingatan , perhatian dan kefahaman yang lemah serta tidak dapat bertindak dengan cepat. Perkembangan motor kasar dan motor halus mereka adalah lambat iaitu dari segi percakapan. Dari segi kognitif juga, mereka kurang daya penaakulan dalam pemberian tumpuan. Keupayaan mental mereka adalah berselisihan dimana IQ mereka di antara 50-70 tetapi bolah mencapai 90 sekiranya diberi latihan yang baik.

    4.8.2 Perkembangan Fizikal
            Perkembangan motor kasar mereka adalah lambat disebabkan otot-otot yang lembik tetapi akhirnya berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar. Mereka juga mempunyai masalah kurang pendengaran, pertuturan kurang jelas dan lambat bertutur atau bermasalah pertuturan serta menghidap penyakit jantung berlubang.
            Mereka juga mudah mendapat radang tenggorok, selsema, radang paru-paru dan posisi tubuh di bawah tahap sederhana. Disamping masalah kesihatan ini mereka juga lemah dalam koordinasi motor iaitu mata,tangan, koordinasi seluruh tubuh tidak memuaskan dimana ianya masih kaku dan perkembangan sensori-motor mereka adalah lambat dan tidak normal.


4.8.3 Perkembangan Emosi Dan Tingkah Laku
            Dari segi perkembangan emosi dan tingkah laku mereka, kebiasaannya mereka berkelakuan tidak menentu iaitu agresif ,pasif dan meminta perhatian yang lebih daripada keluarga. Tekanan emosi mereka adalah jelas terhadap sesuatu aktiviti kompleks dimana perasaan mereka adalah sama dengan orang normal tetapi tindak balas tidak sama . Mereka mudah menjadi tidak sabar kerana tempoh perhatian terhadap diri mereka sangat singkat . Ketidakstabilan emosi dimana jika harapan mereka terlalu tinggi, seterusnya bertindakbalas dengan perasaan takut atau marah. Walau bagaimanapun, mereka juga bersifat pengasih dan mudah mesra.

4.8.4 Perkembangan Bahasa
         Dari segi perkembangan bahasa , penggunaan bahsa mereka adalah terhad dimana mereka tidak boleh menyebut perkataan dengan betul (pelat). Ini kerana mereka menghadapi masalah kurang pendengaran, pertuturan tidak jelas dan lambat bertutur iaitu bermasalah pertuturan.

4.9  MASALAH SAMPINGAN.

4.9.1  Masalah Jantung.
Masalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang di antara bilik jantung kiri dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang di antara atria kiri dan kanan.

Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan (Patent Ductus Ateriosis /PDA). Bagi kanak-kanak sindrom down boleh mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (Cynotic Spell) dan susah bernafas.

4.9.2  Masalah Usus.
         Masalah usus biasanya dikesan semasa awal kelahiran seperti :

A.    Salur esofagus yang terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali di
      bahagian tertentu esofagus. Biasanya ia dapat dikesan semasa berumur 1-2    hari di mana bayi mengalami masalah menelan air liurnya atau dikesan   oleh            doktor atau jururawat kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub untuk            menyedut air perut semasa baru lahir.

B.     Salur usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyempitan yang
dinamakan “Hirshprung Disease”. Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar.

C.     Salur usus rectum atau bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang tidak
terbuka langsung atau penyempitan yang dinamakan “Hirshprung Disease”. Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar.


4.9.3  Masalah-Masalah Lain.
Kanak-kanak Sindron Down mungkin mengalami masalah Hipotiroidism iaitu kurang hormon tairoid. Masalah ini berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down.

Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian leher boleh menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh (atlantoaxial instability) di mana ianya berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down. Sebahagian kecil mereka mempunyai risiko untuk mengalami kanser sel darah putih iaitu leukemia.

Selain itu kanak-kanak Sindrom Down mudah mendapat selsema, radang tenggorok dan radang paru-paru. Mereka juga menghadapi masalah kurang pendengaran dan penglihatan yang kurang jelas.

4.10  LANGKAH – LANGKAH PENCEGAHAN

Walaupun Sindrom Down sejenis penyakit yang dianggap serius tetapi ia boleh dicegah. Terdapat beberapa langkah dalam pencegahannya, pencegahan tersebut meliputi ibu – ibu yang sedang mengandung.

Para ibu sememangnya tidak digalakkan untuk tidak mengandung setelah usia mereka mencecah atau melebihi 35 tahun. Tetapi keadaaan ini sememangnya menjadi masalah pada masa akan kini keranan kebanyakan golongan wanita lebih cenderung ataupun lebih mementingkan kerjaya daripada memikirkan tentang rumah tangga. Oleh itu, mereka telah mengambil langkah untuk berkahwin lebih lambat. Keadaan ini telah menyebabkan mereka lewat mengandung dan kesuburan mereka akan terjejas . Oleh itu, bila terdapatnya pelbagai informasi yang disiarkan oleh media massa kita hendaklah mengambil berat tentangnnya kerana ia boleh dijadikan panduan dalam kehidupan berkeluarga.

Jika seseorang ibu yang pernah mengalami masalah keguguran atau pernah melahirkan anak yang cacat, mereka hendaklah merujuk kepada doktor atau pakar. Cara yang sebegini adalah untuk mengetahui punca-punca yang menyebabkan kelahiran anak cacat ataupun Sindrom Down. Melalui pemeriksaan ini juga, kita dapat mengetahui penyebabnya, seterusnya ibu itu boleh mengambil langkah pencegahan yang segera. Kita mementingkan pencegahan adalah disebabkan.

Jika kehamilan sudah terjadi, pencegahan untuk merawatnya tidak mungkin lagi dapat dijalankan walaupun dengan melakukan pemeriksaan darah atau kromosom dari cairan ketuban serta ari-ari seseorang seperti yang telah dinyatakan.

Di samping itu, dengan adanya kemudahan teknologi yang canggih dalam bidang perubatan sekarang, ibu-ibu yang mengandung kini boleh menjalani ujian untuk mengesan gejala Sindrom Down sebagai langkah pencegahannya. Kaedah ujian ini adalah satu langkah pencegahan yang boleh dilakukan dalam tempoh yang terdekat iaitu dalam tempoh 3 bulan pertama ketika kehamilan sedang berlaku. Prosedur ujian ini tidak mendatangkan kesan serta meyakitkan si ibu. Ia juga kurang merbahaya bagi bayi di dalam kandungan dan kaedah ini juga tidak melibatkan pengambilan cecair dari dalam rahim ibu. Namun begitu, wanita yang berusia 37 tahun dan ke atas berkemungkinan mendapat anak atau bayi Sindrom Down adalah kira-kira satu dalam setiap 138 kehamilan di dunia. Oleh itu, prosedur terbaru yang dikenali sebagai Ujian Imbasan Kehamilan Tiga Bulan Pertama, atau FTPS dapat memberikan penilaian yang lebih tepat mengenai kemungkinan Sindrom Down. Ujian ini boleh dijalankan oleh ibu – ibu mengandung dari minggu 11 hingga minggu 14 kehamilannya.



4.11  UJIAN MENGESAN ANAK YANG CACAT.

Jika seseorang wanita itu, mengalami kehamilan, maka mereka boleh
melakukan ujian untuk diuji selnya bagi bagi bayi yang sedang membesar dalam
kandunganya. Ia merupakan satu kaedah yang baru dan ia juga dinamai sebagai
Pensempelan Vilus Korion, kaedah ini membolehkan seseorang doktor mengambil sel
Ini pada minggu yang  kelima kehamilannya.

Kaedah tersebut dilakukan dengan memasukkan, satu tiub pig yang halus serta melalui vagina ibu seterusnya ke dalam uterus. Dengan bantuan ultrasound juga, ia dapat memberikan gambaran tentang kandungan uterus serta tiup pig yang telah diletakkan diantara pengalas uterus dan korion, iaitu satu membran yang melingkungi bayi dalam kandungan yang sedang membesar itu.

Seterusnya penyedut akan digunakan untuk mengeluarkan satu sampel Vilus Korion, melaluinya sambungan bak pokok bagi Korion dapat dilihat. Sel – sel ini adalah merupakan sel yang mengandungi kromosom dan genetik yang sama seperti bayi dan ia boleh diuji bagi pengesanan sebarang kecacatan genetik. Contohnya, satu Kariotip akan menunjukkan sama ada bayi yang akan dilahirkan pengidap Sindron Down atau sebaliknya.

Di samping itu, terdapat 2 lagi kaedah ujian yang lain boleh digunakan untuk mengumpul sel bagi melakukan ujian. Amniosentesis boleh dilakukan pada kira - kira minggu keenam belas kehamilan si ibu. Manakala bagi amniosentesis, sebatang jarum panjang yang digunakan untuk mengeluarkan sedikit bendalir Amniun dan sel fetus. Selepas sel dikultus, maka analisis serta ujian kromoson yang boleh mengesan kekurangan biokimia boleh dijalankan. Dalam fetoskopi, satu periskop yang kecil dengan satu sumber cahaya sejuk disisipkan melalui satu belahan yang kecil di dalam uterus. Melalui kaedah ini  ia membolehkan kita melihat sebahagian kecil fetus didalam kandungan dan mengambil sampel kulit serta darah bagi tujuan untuk dilakukan ujian


4.12 SUASANA MEMBESARKAN KANAK-KANAK SINDROM DOWN

Suasana persekitaran yang sesuai amat penting untuk membesarkan kanak-kanak Sindrom Down. Antara suasana yang sesuai untuk kanak-kanak ini ialah:-

§  Suasana persekitaran penting, membantu pembesaran kanak-kanak Sindrom Down. Ketenangan  dan kemesraan  penjaga dapat merangsang penerimaan  pembelajaran lebih cepat.
§  Alat permainan  yang digunakan perlu sesuai dengan teknik pengajaran yang ingin digunakan. Ia perlu ditambah untuk mengelakkan kebosanan mereka.
§  Kanak-kanak Sindrom Down perlu berasa selamat, disayangi dan diterima keluarga serta masyarakat. Ini membantu membentuk imej diri positif dan mendorong mereka  belajar.
§  Disiplin perlu diterapkan pada usia awal mereka. Dalam disiplin tersebut perlu dinyatakan  had tingkah laku yang dibenarkann dan tidak dibenarkan.
§  Kanka-kanak ini perlu diberi pujian diatas setiap kecemerlangan yang dicapai oleh mereka.



4.13 CARA MEMBANTU KANAK-KANAK SINDROM DOWN BERTUTUR
Kebanyakan kanak-kanak Sindrom Down lambat bertutur. Oleh itu mereka wajar
dibantu pada usia awal mereka. Antara langkah yang perlu diambil ialah:-

§  Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mereka. Dalam permainan ini, perkataan yang ingin diajar perlu ringkas dan diselitkan dengan gambar yang berwarna-warni
§  Sebelum bercakap dengan kanak-kanak ini, cuba dapatkan perhatian terlebih dahulu daripada mereka supaya interaksi dengan kanak-kanak teresbut berjalan lancar.
§  Semasa bercakap dengan kanak-kanak ini, jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak- balas mereka dan beri peluang mereka menjawab setiap persoalan
§  Untuk berkomunikasi dengan mereka gunakan ayat pendek dan bahasa yang mudah difahami.
§  Untuk membuatkan mereka lebih tertarik dengan komunikasi kita, sambil bertutur lakukan aksi atau lakonan yang boleh menghiburkan mereka
§  Dalam mengajar mereka  latihan yang berterusan perlu diterapkan agar nereka lebih mahir dan tidak mudah lupa
§  Pilih masa yang sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan  aktif untuk menjalankan sesi pengajaran supaya kanak-kanak ini dapat menerima pengajaran yang hendak disampaikan
§  Dalam melaksanakan sesi pengajaran, pastikan tertumpu pada  satu-satu perkara sahaja. Kanak-kanak ini perlu diberi masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan baru
§  Setipa masa yang terluang perlu diisi dengan berinteraksi dengan mereka supaya wujudnya kemesraan dengan kanak-kanak ini
§  Setiap percakapan mereka perlu diberi tindak balas untuk merangsang kanak-kanak ini untuk belajar bertutur


4.14 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK MEMBANTU
        KANAK-KANAK SINDROM DOWN

Kepentingan Permainan
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk membantu kanak-kanak ini ialah dengan memperkenalkan pelbagai jenis permainan kepada mereka. Permainan penting untuk membantu pembesarkan setiap kanak-kanak ini. Ia membantu pemahaman mereka mengenai kehidupan. Melalui permainan juga, kanak-kanak Sindrom Down menjadi cerdik dan berkeupayaan memahami hubung kait, sebab dan akibat. Permainan ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringak bayi dan peringkat kanak-kanak. Antara jenis-jenis permainan yang sesuai dipraktikan ialah :-

A) Peringkat Bayi
§  Pada peringkat umur 0-6 bulan , alat permainan yang sesuai diberikan ialah loceng, alat permainan bergerak, tangan Sendiri atau alat permainan yang boleh dipegang dan digigit
§  Pada peringkat umur 6-12 bulan, alat permainan yang berbunyi dan boleh ditarik serta permainan cantum bina sesuai diberikan contohnya “lego”
§  Pada peringkat umur 12-19 bulan, alat permainan yang memerlukan IQ kanak-kanak perlu diberikan, contohnya kotak boleh disusun tinggi, kepingan kad bod bercorak, bol, ai dan buku bergambar
§  Pada peringkat umur 18 bulan dan ke atas, jenis permainan yang sesuai diberikan contohnya permainan kotak, kepingan kad bod bergorak, permainan cantum Dua tahun bina, buku bergambar dan boneka. Permainan ini dapat membentuk IQ kanak-kanak Sindrom Down

B) Peringkat Kanak-Kanak
§  Permainan selidik dan jelajah, dalam permainan ini kanak-kanak dapat mengenal pelbagai jenis objek yang dilihat mereka. Ini dapat membuatkan kanak-kanak tertarik kepada semua benda
§  Permainan Fizikal, dalam permainan ini kanak-kanak dapat dilatih merangkak dan bertatih serta berminat membuka almari, laci, bakul dan kotak
§  Permainan membina dan kognitif, dalam permainan ini kanak-kanak dapat mencantum gambar berdasarkan corak, bentuk atau warna. Dalam permainan ini IQ kanak-kanak ini dapat diuji
§  Permainan sosial, dalam permainan ini kanak-kanak akan lebih aktif kerana permainan sorok-sorok sesuai dijalankan, disamping itu kanak-kanak dapat bergembira. Kanak-kanak ini juga akan ketawa apabila digeletek
§  Permainan khayalan, dalam permainan ini kanak-kanak ini dilatih untuk menjadi orang lain dalam suasana yang berbeza, contohnya bermain masak-masak
§  Permainan merangsang pergerakkan otot, dalam permainan ini kanka-kanak diajar latihan fizikal seperti berlari, melompat, memanjat, menari dan mengayuh basikal
§  Permainan bahasa, dalam permainan kanak-kanak Sindrom Down diajar latihan bahasa seperti meniru gaya bercakap, latihan nyanyian dan bercerita.

4.15  IMPLIKASI DALAM PENDIDIKAN


Ø  Mereka mempunyai daya ingatan , perhatian dan kefahaman yang lemah serta tidak dapat bertindak dengan cepat. Perkembangan motor kasar dan motor halus mereka adalah lambat iaitu dari segi percakapan.
Ø   mereka kurang daya penaakulan dalam pemberian tumpuan. Keupayaan mental mereka adalah berselisihan dimana IQ mereka di antara 50-70 tetapi boleh mencapai 90 sekiranya diberi latihan yang baik.
Ø  Mereka juga mempunyai masalah kurang pendengaran, pertuturan kurang jelas dan lambat bertutur atau bermasalah pertuturan.
Ø  Mereka juga lemah dalam koordinasi motor iaitu mata,tangan, koordinasi.
Ø  Mereka mudah menjadi tidak sabar kerana tempoh perhatian terhadap diri
      mereka sangat singkat .
Ø  Penggunaan bahasa mereka adalah terhad dimana mereka tidak boleh menyebut perkataan dengan betul (pelat). Ini kerana mereka menghadapi masalah pertuturan.



4.16  KESIMPULAN

Setiap ibu bapa menginginkan anak yang sihat dan comel. Namun takdir tuhan tidak dapat kita lawan. Walaupun Tuhan mengurniakan anak yang Sindrom Down namun kita tidak seharusnya merasa malu ataupun menyalahkan takdir.

Setelah mengkaji mengenai Sindrom Down dapatlah disimpulkan bahawa ianya merupakan masalah genetik yang tidak boleh berjangkit melalui sentuhan ataupun melalui perpindahan darah. Sindrom Down terjadi akibat ketidaknormalan kromosom yang ke 21 di mana terdapat tiga kromosom.Sindrom Down tidak boleh diubati, tetapi mereka yang dilahirkan sebagai Sindrom Down boleh dilatih untuk menguruskan diri sendiri. Walaupun perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak Sindrom Down lambat berbanding kanak-kanak biasa, namun dengan latihan dan bimbingan yang sempurna mampu mengubah kehidupan mereka agar menjadi lebih baik.
 
Copyright © Sembang Ilmu. Designed by OddThemes