a. Ciri-ciri fizikal
Bentuk badan
dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak
normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental
yang disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan
berbanding dengan kanak-kanak biasa.
b. Ciri-ciri
intelek
Terdapat
kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu
yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka
mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan
dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima
pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan
kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang
dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada
peringkat umur 8 tahun atau lebih.
c. Ciri-ciri
sosial dan peribadi
Mempunyai
bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah
kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada
pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi
mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak
biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental
yang sama dengan mereka.
Post a Comment