DEFINISI MASALAH PENGLIHATAN





Masalah penglihatan merujuk kepada keadaan masalah yang melibatkan fungsi sebagai deria penglihatan. Secara umumnya, masalah penglihatan boleh dikategorikan kepada dua kategori yang utama, iaitu ‘buta’ dan ‘rabun’ atau ‘berpenglihatan terhad’ (Asiah, 2012). Mereka yang dikategorikan sebagai buta biasanya tidak mempunyai penglihatan langsung, dan jika mempunyai penglihatan sekalipun, keadaannya amat terhad untuk digunakan sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat apatah lagi untuk tujuan pembelajaran. Justeru, mereka memerlukan “Braille” sebagai media bacaan ataupun khidmat ‘pembaca’ untuk mendapatkan maklumat daripada bahan bercetak. Istilah ‘buta’ boleh didefinisikan secara undang-undang atau pendidikan.

Definisi undang-undang (legally blind):
Secara undang-undang, buta didefinisikan sebagai kehilangan penglihatan sepenuhnya ataupun mempunyai ketajaman penglihatan 6/60 (20/200) atau kurang daripada itu pada mata yang lebih baik setelah diadakan pembetulan optik (pakai kanta pembetulan). Selain itu seseorang dikatakan buta jika dia mempunyai medan/lapangan/sempadan penglihatan (visual field) yang terbatas kepada 20 darjah ataupun kurang yang hanya ditentukan oleh doktor atau pakar mata.

Dari segi undang-undang pula, Carol Castellano, 2000 berpendapat apabila seseorang itu mempunyai darjah daya penglihatan kurang dari 20/200 dari yang normal walaupun dengan bantuan menggunakan kacamata dan kanta lekap yang mana boleh menganggu prestasi pembelajarannya )

Menurut Heward (1996), mereka yang mempunyai masalah penglihatan ialah seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang sihat dengan pembetulan (kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit kurang daripada 20 darjah.

Definisi pendidikan:
• Individu yang dikatakan buta ialah mereka yang mengalami kecacatan yang begitu teruk sehingga mereka mesti belajar membaca ‘Braille’ atau menggunakan kaedah ‘aural’ (deria pendengaran).

Sharifah Zaharah (1985):
• Kanak-kanak cacat penglihatan ialah mereka yang mempunyai penglihatan terhad ataupun rabun. Seorang yang rabun itu tidak buta tetapi tidak boleh melihat dengan terang dan jelas.
The World Council For Welfare of the Blind dalam Hajah Hasnah (1988) 

masalah penglihatan adalah tidak dapat melihat langsung, kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu melalui Ujian Snellen, dan penglihatan yang terhad kurang daripada 20 peratus.

Snellen Chart: Carta Snellen merupakan carta mata (eye chart) yang digunakan oleh ahli profesional dalam bidang penjagaan mata untuk mengukur akuiti (ketajaman) visual seseorang. Carta ini mengambil nama penciptanya iaitu seorang optamologis berbangsa Belanda yang bernama Herman Snellen yang mencipta carta tersebut pada tahun 1862. Simbol yang terdapat dalam carta disebut sebagai ‘optotaip’ atau ‘optotypes’. Carta Snellen tradisi mengandungi 11 baris abjad yang dicetak dengan huruf besar. Abjad tersebut disusun mengikut saiz huruf yang berbeza iaitu daripada saiz yang besar kepada saiz yang lebih kecil. Orang yang diuji daya penglihatan dikehendaki membaca abjad tersebut dari baris atas ke baris bawah dengan menggunakan mata yang berbeza. Baris huruf yang terkecil yang boleh dibaca dengan tepat menunjukkan akuiti visual seseorang. 

Share this:

Post a Comment

 
Copyright © Sembang Ilmu. Designed by OddThemes