JENIS-JENIS MASALAH PENGLIHATAN

      

Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision  berdasarkan ujian visual acuity  dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas seperti kanta. Masalah tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malam mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan khas. Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kesukaran melakukan aktiviti visual serti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung kepada deria-deria lain.

Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan mempunyai ketidaknormalan mata iaitu saraf optik atau pusat visual untuk otak mengakibatkan kurang ketajaman penglihatan. Kanak-kanak ini hanya mempunyai 20/70 visual ketajaman, Sara Begun (2003) memberi lapan kategori untuk kanak-kanak bermasalah penglihatan. Antara lain masalah penglihatan iaitu :

KATARAK





    
Sejenis kerosakan mata di mana kanta semula jadi menjadi berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Seseorang akan mengalami buta jika keadaan ini tidak dirawat. Mereka yang berisiko tinggi menghidapi masalah penglihatan ini ialah pesakit kencing manis, kandungan gula yang tinggi, golongan usia 60-an, kanak-kanak yang lahir dalam komplikasi dan penyakit jangkitan daripada ibu mengandung.
             
 STRABISMUS (JULING)       


                                    
                Suatu keadaan di mana kedua-dua mata tidak searah dan memandang pada titik yang berbeza. Lencongan mata pada salah satu atau kedua – dua mata sama ada juling ke dalam, ke luar, ke atas atau ke bawah. Dengan itu paksi penglihatannya tidak lagi selari. Masalah ini adalah ketidakbolehan untuk memfokuskan objek yang sama pada kedua-dua belah mata kerana penyimpangan ke dalam atau ke luar pada sebelah atau kedua-dua belah mata. Kehilangan penglihatan kekal boleh berlaku sekiranya tidak dirawat. Sebab-sebab mata juling :
·         Dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang diketahui  Ia boleh disebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik pada mata yang juling itu atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri.  Rabun jauh juga boleh menyebabkan mata bergerak ke dalam.
·         Mata juling adalah lebih lazim di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah otak seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, hydrocephalus dan barah otak.


   GLUKOMA
  





Glaukoma adalah sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Kesemua jenis Glaukoma adalah disebabkan gangguan atau dihalang oleh bendalir yang mengedarkan ke dalam mata. Pusat atau sempadan penglihatan akan rosak atau hilang keseluruhannya apabila tekanan meningkat dan merosakkan saraf optik. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta. Glukoma merupakan kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan Intraokular Tinggi (IOP) iaitu tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Mendapan cecair yang terdapat di dalam bebola mata akan terkumpul dan meningkatkan sel saraf optik akan termampat dan akhirnya akan rosak.

      AMBIPLIA (MATA MALAS)
                                   






Dikenali sebagai lazy eye / mata malas  Suatu keadaan di mana salah satu mata tidak berfungsi dan perlu bergantung pada sebelah mata yang sihat. Mata malas merupakan gangguan yang terjadi pada masa perkembangan penglihatan. Oleh sebab ketajaman penglihatan berkurang, mata menjadi malas melakukan fungsinya, saraf mata yang seharusnya berkembang menjadi terhenti.

3.2      DIPLOPIA





Diplopia atau penglihatan ganda adalah suatu gangguan penglihatan yang mana objek terlihat double atau ganda. Diplopia berasal dari bahasa Yunani, diplo iaitu ganda dan opia sebagai penglihatan.



  ALBINISME







Masalah penglihatan bagi kategori ini berlaku disebabkan kurangnya ataupun tidak adanya pigmen melanin pada mata dan pewarisan alel gen resesif sehingga mengakibatkan keterbatasan fizikal yakni sensitif terhadap sumber cahaya yang kuat, seperti lampu yang terang, sinar matahari. Selain itu juga mereka memiliki keterbatasan pada jarak penglihatan.


MYOPIA (RABUN JAUH)

Keadaan dimana ketidakupayaan untuk melihat objek jauh dengan jelas dan hanya boleh melihat pada jarak dekat sahaja. Ini adalah penyakit rabun mata yang paling lazim di kalangan kanak-kanak dan remaja dan boleh disebabkan oleh keturunan. Kanak-kanak yang rabun dekat memiliki bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Ini akan menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukannya ke atas retina seperti yang sepatutnya.

          
 HYPEROPIA (RABUN DEKAT)
Pada peringkat kanak-kanak, satu keadaan di mana bola mata lebih pendek daripada biasa. Pada peringkat tang lebih tua yakni 40 tahun ke atas, kanta mata akan hilang kekenyalannya.


3.       RABUN WARNA

                   

Rabun warna atau colour blindness sebenarnya mengalami persepsi warna sahaja yang berbeza dengan orang yang mempunyai penglihatan normal dan bukanlah penglihatan televisyen hitam putih. Jika kita melihat warna merah menyala, seseorang yang mempunyai defeksi warna merah akan melihat warna tersebut seperti warna merah gelap. Jenis rabun warna adalah pelbagai dan tahap keterukan rabun warna itu sendiri berbeza. Segelintir individu yang mempunyai Defek warna yang sangat teruk di mana ia boleh menyebabkan mereka ‘buta’ terhadap semua warna.


Share this:

Post a Comment

 
Copyright © Sembang Ilmu. Designed by OddThemes