Objektif terapi cara
kerja ialah:
a. Membolehkan murid pendidikan khas mengurus kehidupan seharian dengan baik
b. Memulihkan anggota badan yang lemah supaya dapat berfungsi dengan baik
c. Membolehkan individu berdikari dalam melakukan kerja seharian
Kepentingan terapi
ini ialah:
a. Membantu murid khas menguasai kemahiran motor halus dengan baik
b. Meningkatkan kemampuan murid khas untuk melakukan sesuatu dengan otot-otot kecil yang ada.
c. Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan keatas murid khas yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur
Aktiviti cara kerja perlu dilakukan oleh ahli terapi cara
kerja yang berkemahiran sahaja. Peralatan untuk menjalankan aktivti terapi cara
kerja hanya boleh didapati di pusat-pusat perubatan dan pusat-pusat latihan
tertentu sahaja. Namun begitu, terapi cara kerja yang mudah boleh juga dilakukan
dengan murid yang bermasalah pembelajaran di sekolah. Antaranya:
a. Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran hidup
b. Latihan pravokasional
c. Latihan aktiviti membuka dan memasang alatan
d. Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran manipulatif
Masalah yang dihadapi
dalam terapi ini ialah:
i). Tidak mendengar arahan
Berlaku terutamanya pada murid autisme dan hiperaktif.
Tumpuan jangka pendek menyukarkan pakar terapi atau guru untuk menarik
perhatian mengikut masa yang diperuntukkan.
Murid tidak faham arahan yang diberikan oleh guru
ii). Emosi terganggu
Murid enggan melibatkan diri dan mudah asa dengan terapi
yang diberikan
Murid menangis apabila diberikan tugasan
Bergantung pada persekitaran di rumah
iii). Kemudahan berbeza mengikut sekolah
Sekolah tidak mempunyai prasarana yang lengkap untuk terapi
cara kerja
iv). Sensory integration problem (masalah dalam sentuhan)
Murid enggan disentuhatau trauma apabila disentuh oleh orang
yang tidak dikenali
Murid memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan ahli
terapi atau guru
Menjerit apabila disentuh
v). Berkhayal
Murid yang mempunyai masalah autisme biasanya akan berkhayal
apabila diberikan tugasan dan lebih suka hidup dalam dunianya sendiri.
Cara mengatasi
masalah ialah:
i). Teknik arahan bermakna
Elakkan daripada menggunakan perkataan yang menjurus kepada
arahan. Contohnya: arahan membasuh rambut, ajar murid memegang tuala dengan
kuat kemudian timbulkan persoalan:kenapa ya?
Post a Comment